


Berfikir pun ada batasnya...





Lihat sahaja ketinggian lereng bukit yang telah digali bagi mengeluarkan batu-batu.





Malam Jumaat itu, Suatu buku bertajuk Sukses Hidup Bersama Al-quran yang diterjemahkan dari tulisan bahasa Arab "Mafatihut Tadaburi Alquran Wa An-najah Fil Hayah" terbitan Januari 2008. (Maaf- saya tidak mendapatkan maklumat pengarang).Sekiranya kita sekadar membaca Al-quran, tanpa memahaminya, maka kita secara tidak langsung akan mengurangkan makna Al-quran.
Selain itu, pembentang juga menyebutkan bahawa, antara ciri-ciri orang yang mentadabbur Al-quran ialah ia mencucurkan air mata, tatkala membacanya.
Kesalahan Mentadabbur
1)Salah memahami maksud ayat
2) Apabila tidak memahami ayat, tidak pula ia berusaha mempelajari maksud ayat tersebut.
Antara Kunci Memahami Al-Quran
1. Al-qalb.
Memahami bahawa hati adalah alat untuk memahami Al-quran dan ianya dalam genggaman Allah. Allah yang memahamkan seseorang.
(Minta dan berdoalah kepada Allah agar dibukakan dan dibersihkan hati bagi memahami Al-quran)
2. Ahdaf- Tujuan
Mengetahui tujuan kita membaca dan memahami Al-quran. Tentu sekali seorang mukmin yang mengharapkan redha tuhannya, tidak sama tujuannya membaca Al-quran berbanding seorang orientalis yang mahu merosakkan pemahaman umat Islam.
3. Solah-
Membaca di dalam solat adalah lebih afdhal.
4. Lail - Malam
Seperti yang disarankan di dalam Surah Muzammil agar kita membaca Al-quran semasa berqiamullail.
5. Usbu' - Seminggu
Menurut penulis, Kebanyakan sahabat mengkhatam al-quran dalam jangka masa seminggu.
P/s: Sayang sekali, beberapa catatan telah hilang dari PDA. Wallahua'lam
Semalam, sebuah Radio Australia melaporkan di Amerika Syarikat, seorang bapa beragama Kristian didakwa di mahkamah kerana hanya berdoa dan tidak bertindak menyelamatkan nyawa anak remajanya. Disebutkan bahawa anak tersebut mati akibat penyakit Kencing Manis (Diabetes).