Tuesday, 19 May 2009

Belajar Buat Garam Sendiri

Selepas berada di Rumah Om, kami melawat ke tempat membuat garam. Lebih kurang 10 km daripada Tibar, ke barat daya.


Kami lalu di satu pada bola yang tak de rumput. Tak nak la main situ. Nanti kena allergic rhinitis...



Akhirnya, kami pun tiba....


Tempat membuat garam ni sebenarnya kawasan paya air masin. Mestilah air masin. Kalau nak macam mana nak dapat garam kan.

Betul tak ipin?...betul,betul,betul... :)


Nampak ada bukit-bukit kecil sebesar "tahi lembu". Kami cari orang untuk tanya pasal buat garam ni. Nak tahu bukit-bukit ni ketam ke orang yang buat.


Tapi langsung tak ade orang bekerja hari ni. Cuba teka kenapa? Clue: tgk gambar atas..

Hehehe...pikiq punya pikiq... jawapannya:

air surut, tak de air, takde air so, tak de garam.

Tak de garam..so tak de.......................(teka la)

Bawah ni plak, tanah yang telah ditapis untuk mendapatkan garam. Berbukit-bukit jadinya. Kalau tadi boleh bandingkan dengan tahi lembu, tak tahu yang ni nak banding dengan apa...10 kali lebih besar dari busut anai-anai di Malaysia...


Di tengah setiap himpunan tanah buangan tadi, ada penapis yang dibuat dari daun pokok Kelapa laut. Rupa daun pokok ni macam pokok Palas Giant!!!!

Ushar dekat sikit


Tgk betul-betul ek. Ada tiga tingkat. Atas yang ada daun tu, tengah yang macam papan sengat kebawah tu, dan bawah, tempat takung air.


Boleh agak belum macamana nak buat?


Kalau tak tau jgak... bukak buku kimia form 5 balik la.


Saya pun agak je. Tanah letak kat atas, air turun ke tingkat dua dan bertakung dalam bahagian bawah. Tanah tadi dibuang, tuh yang keliling penapis tuh tanah bertimbun tuh.


Mai kita tgk lebih dekat kat tempat air bertakung tuh


Air kat bawah tuh pekat. Tapi tak berani nak rasa. Sini tempat "babi" berkeliaran la...


Bawah nih beberapa lagi pemandangan tempat ni...





dan lagi ....




Nih pulak kawasan membuat garam di tempat lain. Yang ni sebelum tiba ke rumah Om.

Tak pasti teknik apa yang diguna sebab tak nampak tempat-tempat menapis ni. Nanti kalau dah tau kita ghoyak deh....

Sampai ke temu....

1 comment:

  1. lepaih ni tak payah beli garam dah.. kita pi batu feringghi ja...

    ReplyDelete