Sunday, 17 May 2009

Samsu Tepi Jalan dan Orientasi Tasik Tulu




Hmmm...mandi laut di kawasan Tasik Tulu hari ni. Lebih kurang 10 km daripada Camp kami.

Air laut sekitar Timor Leste ni jernih, ada batu karang dan ikan-ikan yang bewarna-warni. Sayang tak de camera underwater untuk ambil gambar.

Bila jalan-jalan dekat dengan kawasan berkelah tadi, kelihatan orang jual Samsu murah tepi jalan.

Harga sebotol besar 50 centavos (0.50USD). Menggunakan botol mineral dan dibuat daripada nira nipah. Merata boleh dapat Samsu ni. Oleh kerana tiada hiburan maka orang-orang sini selalu kelihatan berehat di tepi-tepi jalan. Kalau di hujung minggu, di pekan-pekan ramailah kawan-kawan kita di Timor Leste ni.

Lepas mabuk, bergaduh. Jadi hujung minggu incedent jenayah meningkat.

Untuk pengetahuan jugak, plastik untuk membuat botol mineral ini tidak sesuai digunakan semula atau didedahkan kepada cahaya matahari.

Plastik ini akan mengeluarkan bahan kimia yang boleh menjadi punca barah (carcinogenik).
Samsu tadi dijual berdekatan kawasan Rumah Adat. Tempat pasteur utama datang untuk majlis-majlis rasmi.

Dibelakang bangunan ini ada tasik yang dikenali sebagai Tasik Tulu. Di kawasan inilah orang-orang yang terkorban semasa rusuhan 2006 dibuang. Kalau tak percaya, boleh datang mandi disini.



Orang-orang di sini percaya kepada taboo bahawa sesuatu yang buruk akan terjadi kalau bergambar di sini.

Kawasan ini dikelilingi bukit. Bukit dibelakang tasik tersebut adalah bersambungan dengan Bukit Kecewa. Tempat kami excercise.
Tapi, kenapa namanya BuKit Kecewa?
Ada dua sebab:
1) bila kita nampak satu puncak, kita gembira. Tapi bila tiba ke puncak tadi tuh, rupanya ada puncak lain... so, kecewalah!!!
2) sehari lepas kami naik kali pertama, rupanya ada orang bunuh diri kat puncak yang lebih atas lagi (opps, kantoi naik tak sampai atas...)

Dibawah ni adalah pemandangan Tasik Tulu dari Bukit Kecewa. Cantikkan ciptaan Allah!!! Subahanallah!!!




Setakat ini dah 2 kali saya naik bukit ni. Tapi berat badan tak turun-turun jugak!!!!




No comments:

Post a Comment