
Timor Leste, 20 Mei 2009. Hari ini Hari Kemerdekaan Timor Leste. Ia disambut menandakan kemerdekaan daripada penjajahan Portugis pada 1975. Majlisnya meriah, namun pada bulan September nanti, mereka akan menyambut hari Referendum yang lebih meriah dari hari ini.
Referendum yang dimaksudkan adalah pembebasan dari pemerintahan Indonesia, sebagai sebuah negara baru Timor Leste.

Di sini, pekerja kerajaan tempatan (mcm DBKL) tidak cukup. Jadi biasanya, orang-orang disini ada tabiat kemasyarakatan yang baik. Mereka akan bergotong royong sehari sebelum perayaan-perayaan.

Jalan-jalan juga dihiasi dengan bendera bewarna-warni. Maaf, gambar tak berapa jelas...

Kami tiba sekitar jam 9.00 pagi. Majlis baru sahaja hendak bermula... Orang ramai baru mula hendak berkumpul... Polis pun baru nak mula sembang...hehehe :)

Peserta pula tengah bersiap sedia untuk perbarisan

ada kanak-kanak... (orang sini memang suka diambil gambar, tgk la budak tuh, sempat posing lagi)

ada pelajar sekolah menengah....

dan ada yang dah pun dalam barisan...
Untuk makluman, perayaan ini diadakan di Palecia De' Gaverno. Pejabat pentadbiran Presiden Xanana Gusmao.


Saya tak dapat gambar yang baik semasa Presiden melakukan pemeriksaan Barisan.
Sekadar boleh bagitau dia guna kenderaan ni...

Dari segi keselamatan....

Di jaga oleh sniper-sniper nih. Nampak tak? Tuh...yg tengah melepak atas bumbung tuh...


Lepas pemeriksaan baris, adalah nyanyian lagu kebangsaan Timor Leste. Nak dengar? nanti tunggu saya balik nyanyi kat Malaysia. Korang mesti tak faham punya...sebab saya pun tak faham. kalau nyanyi tak betul pun bukan orang Malaysia tahukan?!!!.... :-P
Gambar atas ni adalah baris pemuda-pemudi yang berada di hadapan presiden tadi. Lepas lagu Kebangsaan, diorang keluar baris. Diorang berkampung di kawasan kem kami, rasanya dekat 3 minggu kot. Latih tiap-tiap hari. sampai ke malam. Lepas ni dapat upah sorang 200 dolar.

Oleh kerana saya jelous tgk sniper tuh lepak atas bumbung sambil dapat lihat pemandangan yang baik, saya pun pi lah naik tingkat dua bangunan tuh. Akhirnya dapat gambar-gambar nih...

Nampak tak pakcik-pakcik Bekas Perajurit tuh?
Di dataran hadapan bangunan ni, kerajaan sini dah menaikkan bendera negara-negara kat dunia ni.
Saya pun tertanya-tanya kat mana bendera Malaysia? Jawapannya amat menarik dan akan menyusul nanti....
Masa dok taip ni teringat pulak... diorang naik tak bendera Israel? rasa macam nak bakar je..

Ni...Askar tengah baris depan khemah VVIP...
Oleh kerana saya tak puas hati tak nampak pemandngan yang lebih jelas, so, dengan selambanya kami masuk bangunan belakang pentas utama di Pejabat Presiden

Akhirnya dapatlah pemandangan best sikit.....

well, ok lah sikit...
nak buat macamana, guna camera PDA. Balik Malaysia kena minta sesape sponsor camera pro
yang apakai baju hitam membelakangi saya tuh geng koir.
Kat pentas depan tu la presiden duduk(bawah)....

Ni khemah tempat orang Koir duduk....

Tiba-tiba...waaahh... aku terlihat Jalur Gemilang berkibar. Bangga jugak sebab di tempatkan dekat dengan bangunan Presiden berbanding dengan bendera-bendera lain.

Bukan secara kebetulan diletak disitu.
Untuk pengetahuan, semasa rusuhan 2006, ATM adalah antara kontigen terawal sampai, di bawah perjanjian Governmen to Government (G2G).
P.M siini kalau gi daerah-daerah kecil, tak lekang mulut dari cerita tentang jasa Malaysia....
tapi saya tak lah berdiri kat situ nyanyi lagu negaraku...
kami patah balik ke gate utama, untuk lihat pasukan-pasukan buat lintas hormat
kami patah balik ke gate utama, untuk lihat pasukan-pasukan buat lintas hormat

Tempat kedua dimenangi oleh pemuda-pemuda yang membawa bendera Timoar Leste

Diikuti oleh tentera Timor Leste

Ni polis kot... tak faham pengacara sebab tak cakap Bahasa Melayu


Yang bawah ni bukan UMNO...


Yang ni bukan PBB... tapi yang depan tuh kawad pakai seluar jeans je...

Lepas ambil gambar dekat pintu masuk, hati tergerak untuk ambil gambar dari sudut lain. Di hadapan pentas.
Saya pun merentas melalui ribuan orang yang ada

Baru hari ini aku mengerti betapa susah-payah jurugambar-jurugambar mencari rezeki.
Mendapatkan gambar terbaik, emosional, jelas, bermakna dan difahami.
Mudahan mereka mencari rezeki demi mancapai redha Allah...
Adik-adik nih teror jugak main gendang... comel-comel semuanya

Ni pulak adik-adik ayng main gendang dengan berpakaian tradisional.

tapi tak habis lagi gambar saya......
Di Timor Leste ni, Gereja memainkan peranan yang penting dalam masyarakat. Hinggakan di beri tempat di pentas utama....
Malaysia macamana ye? saya tak pasti

Bahkan anaknya...
Nur Alkatiri adalah merupakan pengarah Nacional Bank of Timor Leste (Bank Negara)
Ini mungkin melambangkan keterbukaan politik di sini,
ataupun....
ia juga sebahagian strategi politik kerajaan kerana pengaruh Mari Alkatiri terhadap umat Islam dan Indonesia
Di Esplanade di hadapan Bangunan tadi, dipamerkan dua bot milik tentera laut Timor Leste. Bot nih hanya digunakan untuk kerja coast guard. Saya pun tak rasa diorang ada priority nak dapatkan friget-friget besar.

Ni yang satu lagi...

Hmmm...banyak lagi gambar-gambar, tapi terlalu banyak pun korang boring kan... tunggukan hasil yang dikeluarkan secara bertema..... see u
No comments:
Post a Comment