Thursday 28 May 2009

Kenapa Tiada Berita...?

Beberapa hari tak menulis berita... tak banyak yang berlaku, tak banyak yang menarik.

Ada yang menarik tetapi tak cukup maklumat...insyaallah dikongsi kemudian.

Insyaallah in the future:

1. Saya sedari tiada sejarah tertulis tentang Timor Leste lebih awal dari 1600. Sejarah hanya diceritakan sejak kemasukan/penjajahan Portugis di sini. Tiada di wikipedia, juga tiada di worldfacts CIA.

Juga kawan saya di Institut yang berfungsi macam INTAN di Malaysia, belum sempat ditanya dah beritahu yang tiada sejarah lebih awal dari 1600.

Saya dah jumpa libarary di Dili. Ada kesempatan bolehlah cari maklumat...

2. Isteri saya menceritakan suatu keajaiban Allah di Bilik Bersalin Hospital Kota Bharu.

Seorang ibu hamil "collapse dan asystole (pengsan dan jantung tidak berfungsi) dua hari lepas. Setelah didapati bayi dalam kandugan masih bernadi tetapi lemah (bradycardia) LSCS under air (pembedahan mengeluarkan bayi tanpa ubat bius) dilakukan setelah mendapat kebenaran ketua jabatan. Ramai pakar hadir.

Ajaibnya, Subhanallah, setelah bayi dikeluarkan, jantung ibu berdenyut kembali. Lantas, ibu dihantar ke dalam bilik bedah untuk menutup kembali tempat yang dikelar. Subhanallah.

KAta salah seorang jururawat disitu, selama 30 tahun bekerja, tak pernah ada kes seumpama ini.

Nantikan tulisan detail berbentuk cerpen insyaalah...

3. PDA pulak tak dapat di"synchronize" (diselaraskan) dengan PC.Jadi tak dapat nak upload gambar2 terkini.

Banyak nak dikongsi... saya memasak, kaki saya terseliuh selepas sehari membantu orang lain terseliuh... dan lain-lain...

Sedihnya... :(

Sabarlah ye...

Agaknya lepas 21 Jun baru menulis semula...

2 comments:

  1. alahai kesian kat abg aku sorang ni...please update tho.. nice to know things about you especially from afar..

    ReplyDelete
  2. Sudah berada di Malaysia ke ? :)

    ReplyDelete